PELANCARAN PROGRAM NAFAS SEGAR DAERAH KLANG 2013

Acara Simbolik - Membakar replika rokok sebagai simbolik kepada BENCI ROKOK

PERSIAPAN PERTANDINGAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2013

Dinding-dinding sekolah dihiasi dengan mural yang bermesejkan pendidikan pencegahan dadah

DATARAN NAFAS SEGAR

Acara tanda tangan dan perasmian Dataran Nafas Segar SKTG

KAMI MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Acara senam pagi di Program Nafas Segar

Sunday, 15 September 2013

Persiapan Pertandingan PPDa Peringkat Negeri 2013


Bagi menghadapi Pertandingan PPDa Peringkat Negeri, pelbagai persiapan telah dibuat oleh ahli jawatankuasa PPDa sekolah. Antaranya ialah menghiasi dinding-dinding sekolah dengan mural yang membawa mesej kepada pendidikan pencegahan dadah. Sekalung penghargaan buat semua warga 
SK Telok Gadong termasuklah para pekerja yang bertungkus-lumus membantu usaha murni ajk PPDa sekolah untuk mempersiapkan dan memperkemaskan lagi kawasan sekolah dengan mesej-mesej mendidik warga sekolah agar membenci dadah melalui mural yang dipaparkan.




hasilnya...










SK TELOK GADONG BEBAS DADAH !!!

SK Telok Gadong menyahut cabaran untuk mendidik murid-murid agar benci kepada dadah melalui kerjasama semua guru khususnya ahli jawatankuasa PPDa SKTG mengindahkan sekolah dengan lakaran mural di sekeliling dinding sekolah, poster-poster, papan kenyataan berinformasi, sudut informasi PDDa dan laluan PPDa. 
















Saturday, 14 September 2013

Lawatan Penanda Aras PPDa Daerah Klang 2013




Pada 13 September 2013, satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh pihak PPD Klang.Tiga orang guru SKTG turut menyertai lawatan ini yang terdiri daripada 4 buah sekolah daerah Klang iaitu 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah. Sekolah tersebut akan mewakili daerah Klang untuk ke pertandingan PPDa peringkat Negeri Selangor. Syabas SK telok Gadong yang akan mewakili negeri bagi kategori Lorong PPDa Sekolah Rendah. Lawatan ke SK Desa Aman Puri, Kepong yang merupakan johan dalam  pertandingan PPDa peringkat Negeri Selangor pada tahun 2012 dan pada tahun ini layak menyertai peringkat kebangsaan. Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada pihak kami untuk menambahbaikkan lagi persiapan pihak sekolah untuk persediaan menyertai pertandingan ini.