Pada 13 September 2013, satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh pihak PPD Klang.Tiga orang guru SKTG turut menyertai lawatan ini yang terdiri daripada 4 buah sekolah daerah Klang iaitu 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah. Sekolah tersebut akan mewakili daerah Klang untuk ke pertandingan PPDa peringkat Negeri Selangor. Syabas SK telok Gadong yang akan mewakili negeri bagi kategori Lorong PPDa Sekolah Rendah. Lawatan ke SK Desa Aman Puri, Kepong yang merupakan johan dalam pertandingan PPDa peringkat Negeri Selangor pada tahun 2012 dan pada tahun ini layak menyertai peringkat kebangsaan. Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada pihak kami untuk menambahbaikkan lagi persiapan pihak sekolah untuk persediaan menyertai pertandingan ini.